Publication
Penggunaan teknik Fishbowl dalam pembelajaraan meringkaskan karangan tahun 10
Abstracts views
16
Views & Download
8
Abstract:
Description:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai pencapaian pelajar dalam meringkaskan karangan dengan menggunakan teknik Fishbowl serta persepsi mereka terhadap penggunaan teknik Fishbowl dalam meringkaskan karangan. Kajian ini menggunaan kaedah kuantitatif. Instrument yang digunakan ialah teks bacaan ekpositori, ujian meringkaskan karangan dan soal selidik. Kajian ini melibatkan 50 orang pelajar Tahun 10 berpencapaian sederhana di sebuah sekolah menengah kerajaan di daerah Brunei dan Muara. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan, ia itu kumpulan eksperiman dan kumpulan kawalan. Setiap kumpulan melibatkan dua puluh lima orang pelajar berpencapaian serduhana. Hasil kajian dianalisis menggunakan ujia-t berpasangan, ujian-t bebas, ujian ANCOVA dan analisis deskriptif. berdasarkan analisis ujian-t dan ANCOVA tersebut, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifinkan antara min pencapaian pelajar yang mengikuti pengajaran menggunakan teknik Fishbowl dengan pelajar yang mengikuti pengajaran menggunakan pendekatan tradisional dalam ujian pasca. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa penggunaan teknik Fishbowl dalam meringkaskan karangan bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam meringkaskan karangan secara keseluruhan tetapi juga dari segi isi dan bahasa. Selain itu, pelajar-pelajar juga mempunyai perspesi yang positif terhadap penggunaan teknik Fishbowl dan meringkaskan kerangan.
Date:
2014
Authors:
Nor Sazimah binti Haji Sadim
Publisher:
[Bandar Seri Begawan] :Universiti Brunei Darussalam