Repository@UBD contains exam papers, theses, manuscripts, rare material and others

 

Recently added

Publication
Analisis pemikiran Pendidikan Abdul Rahman Al-Nahlawi : Kajian terhadap metode Al-Targhib dan Al-Tarhib
Artini binti Haji Timbang; Dr. Hj Gamal Abdul Nasir bin Hj Zakaria (Universiti Brunei Darussalam, 2020)

Kajian ini adalah kajian kualitatif analisis kandungan dengan menggunakan pendekatan teknik Delphi dua pusingan dan teknik Fuzzy Delphi. Kajian ini melalui empat peringkat kajian. Peringkat pertama analisis kandungan kitab Usul al-Tarbiyah al-Islamiah wa asalibuha fi al-Bayti wa al-Madrasah wa al-Mujtama’ untuk tujuan menganalisis pemikiran pendidikan al-Nahlawi dari segi sumber, asas, tujuan, institusi dan metode pendidikan Islam. Peringkat kedua ialah terjemahan kitab “al-Tarbiyah bi al-Targhĩb wa al-Tarhĩb” daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. untuk meneroka dan meneliti metode pendidikan targhîb dan tarhîb seperti mana yang diterangkan oleh al-Nahlawi. Manakala pada peringkat ketiga ialah mendapatkan persetujuan 12 orang pakar terhadap item-item yang dibentuk daripada kitab yang telah diterjemahkan dan disahkan oleh tiga orang pakar. Objektif bagi peringkat ini ialah mengenal pasti kesahihan pendapat al-Nahlawi dan cara penggunaan metode metode targhîb dan tarhîb dalam pendidikan Islam. Sementara itu pada peringkat akhir, pengkaji menggunakan teknik Fuzzy Delphi untuk mengemukakan satu pola pendidikan metode targhîb dan tarhîb al-Nahlawi Proses menentukan kebolehpercayaan kajian melibatkan semakan antara pakar penilai (indeks Cohen Kappa = 0.83 dan 0.81) dan statistik Deskriptif iaitu peratus, median, mod dan julat antara kuartil. Dapatan daripada analisis kandungan menghasilkan satu set pola pendidikan metode targhĩb dan tarhĩb yang dijadikan asas bagi pembentukan instrumen teknik Delphi. Hasil teknik Delphi dua pusingan menunjukkan wujud konsensus persetujuan yang sangat tinggi di antara panel pakar terhadap item-item metode targhĩb dan tarhĩb yang diuji. Hasil utama kajian ialah penghasilan pola pemikiran al-Nahlawi mengenai metode targhĩb dan tarhĩb yang meliputi semua aspek daripada makna, konsep, tujuan, akibat, cara mengaplikasi serta saranan yang dicadangkan oleh al-Nahlawi. dalam menggunakan metode targhĩb dan tarhĩb yang boleh menjadi panduan kepada para pendidik.

Publication
Phytochemical analysis and wound healing study of Dillenia Excelsa extracts
Fatin Binti Haji Sauli; Fairuzeta Binti Haji Md. Ja'afar, Dr. (Universiti Brunei Darussalam, 2022)
Publication
Essays on productivity, efficiency and environmental sustainability in ECOWAS
Koomson-Abekah, Isaac; Dr. Pang Wei Loon, Lennard; Dr. Premaratne, Hetti Arachchige Gamini; Dr. Teo, Siew Yean; Dr. Hajah Dayangku Norulazidah binti Pengiran Haji Omarali (Universiti Brunei Darussalam, 2019)
Publication
Phytogenic synthesis of ZnO and doped ZnO using Ziziphus mauritiana (L.) aqueous leaf extract for visible light-induced antioxidant and antibacterial studies
Nur Ashmalina Binti Haji Abdul Rahman; Mohammad Hilni bin Harun Sani, Dr. (Universiti Brunei Darussalam, 2020)
Publication
Applying Reciprocal Teaching Strategies as a Cooperative Learning Approach to Examine Students' Problem Solving Skills in Mathematics
Tan, Sil, Yin,; Mohd Khairul Amilin bin Hj Tengah (Universiti Brunei Darussalam, 2022)
Publication
A critique of commodified cosmopolitanism in tash aw's Five Star Billionaire (2013)
Mahfuzah Binti Abd Wahab; Kathrina Hj Mohd Daud, Dr.; Siti Mazidah Hj Mohammad, Dr. (Universiti Brunei Darussalam, 2023)