UBD Doctoral Theses

144 publications available

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 144
  • Publication
    Analisis pemikiran Pendidikan Abdul Rahman Al-Nahlawi : Kajian terhadap metode Al-Targhib dan Al-Tarhib
    Artini binti Haji Timbang; Dr. Hj Gamal Abdul Nasir bin Hj Zakaria (Universiti Brunei Darussalam, 2020)

    Kajian ini adalah kajian kualitatif analisis kandungan dengan menggunakan pendekatan teknik Delphi dua pusingan dan teknik Fuzzy Delphi. Kajian ini melalui empat peringkat kajian. Peringkat pertama analisis kandungan kitab Usul al-Tarbiyah al-Islamiah wa asalibuha fi al-Bayti wa al-Madrasah wa al-Mujtama’ untuk tujuan menganalisis pemikiran pendidikan al-Nahlawi dari segi sumber, asas, tujuan, institusi dan metode pendidikan Islam. Peringkat kedua ialah terjemahan kitab “al-Tarbiyah bi al-Targhĩb wa al-Tarhĩb” daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. untuk meneroka dan meneliti metode pendidikan targhîb dan tarhîb seperti mana yang diterangkan oleh al-Nahlawi. Manakala pada peringkat ketiga ialah mendapatkan persetujuan 12 orang pakar terhadap item-item yang dibentuk daripada kitab yang telah diterjemahkan dan disahkan oleh tiga orang pakar. Objektif bagi peringkat ini ialah mengenal pasti kesahihan pendapat al-Nahlawi dan cara penggunaan metode metode targhîb dan tarhîb dalam pendidikan Islam. Sementara itu pada peringkat akhir, pengkaji menggunakan teknik Fuzzy Delphi untuk mengemukakan satu pola pendidikan metode targhîb dan tarhîb al-Nahlawi Proses menentukan kebolehpercayaan kajian melibatkan semakan antara pakar penilai (indeks Cohen Kappa = 0.83 dan 0.81) dan statistik Deskriptif iaitu peratus, median, mod dan julat antara kuartil. Dapatan daripada analisis kandungan menghasilkan satu set pola pendidikan metode targhĩb dan tarhĩb yang dijadikan asas bagi pembentukan instrumen teknik Delphi. Hasil teknik Delphi dua pusingan menunjukkan wujud konsensus persetujuan yang sangat tinggi di antara panel pakar terhadap item-item metode targhĩb dan tarhĩb yang diuji. Hasil utama kajian ialah penghasilan pola pemikiran al-Nahlawi mengenai metode targhĩb dan tarhĩb yang meliputi semua aspek daripada makna, konsep, tujuan, akibat, cara mengaplikasi serta saranan yang dicadangkan oleh al-Nahlawi. dalam menggunakan metode targhĩb dan tarhĩb yang boleh menjadi panduan kepada para pendidik.

  • Publication
    Essays on productivity, efficiency and environmental sustainability in ECOWAS
    Koomson-Abekah, Isaac; Dr. Pang Wei Loon, Lennard; Dr. Premaratne, Hetti Arachchige Gamini; Dr. Teo, Siew Yean; Dr. Hajah Dayangku Norulazidah binti Pengiran Haji Omarali (Universiti Brunei Darussalam, 2019)
  • Publication
    The political legitimacy of Lanao Sultanate in the 17th century with special reference to the political theory of al-Māwardī
    M. Hadji Abdul Rachman; Associate Professor Dr. Kartanegara, Mulyadhi; Dr. Gabriel Foud; Dr. Shaikh Abdul Mabud (Universiti Brunei Darussalam, 2020)
  • Publication
    Reasoning skills practices among students through teacher's facilitation of problem-based tasks in Mathematics lessons : A mixed methods study
    Hajah Norliza binti Haji Adnan; Associate Professor Dr. Masitah binti Shahrill (Universiti Brunei Darussalam, 2024)
  • Publication
    Membangun pemikiran kritis dan pemikiran inventif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu : Satu kajian kes di Brunei dan di Singapura
    Fawziyah binte Ali; Dr. Yabit Alas; Professor Madya Dr. Noor Azam Haji Othman (Universiti Brunei Darussalam, 2020)

    Objektif kajian Rutin Berfikir 'Figura Bahasa' adalah untuk mengenal pasti keberkesanan pemikiran kritis dan pemikiran inventif (Critical and Inventive Thinking - CIT) di dalam suasana pembelajaran bahasa Melayu, khususnya penulisan karangan naratif. Kemahiran berfikir era abad-21 ini dipilih untuk membentuk pelajar membesar dengan kehidupan intelektual di sekeliling mereka. Kajian ini menggunakan kedua-dua penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang bertujuan mencari keseimbangan di dalam pengumpulan data. Data yang telah dikumpulkan, dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data kuantitatif dianalisis dengan IBM SPSS versi 21 untuk menentukan persepsi responden akan Rutin Berfikir 'Figura Bahasa'. Data kualitatif pula mengguna pakai perisian ATLAS.ti versi 8 untuk menganalisis temu bual guru dan refleksi pelajar. Dalam menyelidiki kemahiran berfikir pelajar Bahasa Melayu, pengkaji telah mengambil dua pendekatan dalam kajian ini. Pendekatan pertama berfokus pada fungsi instrumen kajian iaitu Puisi Intan sebagai kerangka perancah untuk mengumpul kosa kata yang ada kaitan dengan komponen karangan naratif. Langkah ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perancah Puisi Intan dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan inventif dalam mencari kosa kata yang menarik untuk diisikan ke dalam kerangka Puisi Intan. Pendekatan kedua diambil untuk menilai hubungan pemikiran kritis dan pemikiran inventif dengan variabel terpilih sehingga berupaya mempertingkatkan penulisan karangan naratif. Responden bagi kajian ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah di Brunei dan di Singapura. Hasil analisis menunjukkan pemikiran kritis dan pemikiran inventif diguna pakai secara aktif dalam pembelajaran penulisan karangan naratif. Dapatan kajian memaparkan peningkatan yang memberangsangkan dalam pascaujian karangan naratif berbanding dengan praujian. Karangan naratif yang dihasilkan oleh pelajar didapati lebih bermutu dari segi idea dan lebih menarik dari segi penggunaan bahasa. Strategi Rutin Berfikir 'Figura Bahasa' yang digunakan didapati berkesan dalam pembelajaran penulisan karangan naratif yang sememangnya mementingkan ISI dan BAHASA. Maklum balas dari soal selidik dan borang tinjauan pelajar, temu bual guru dan borang refleksi pelajar membuktikan keberkesanan Rutin Berfikir 'Figura Bahasa' di dalam pembelajaran karangan naratif. Hasil kajian ini diharapkan dapat menggalakkan pengaplikasian pemikiran kritis dan pemikiran inventif dalam pembelajaran Bahasa Melayu agar ia menjadi suatu budaya berfikir yang boleh dilestarikan sepanjang hayat.

Results Per Page:
Go to page:
/ 29