Publication
Analisis pemikiran Pendidikan Abdul Rahman Al-Nahlawi : Kajian terhadap metode Al-Targhib dan Al-Tarhib
Loading...
Abstracts views
22
Views & Download
13
Abstract:
Kajian ini adalah kajian kualitatif analisis kandungan dengan menggunakan pendekatan teknik Delphi dua pusingan dan teknik Fuzzy Delphi. Kajian ini melalui empat peringkat kajian. Peringkat pertama analisis kandungan kitab Usul al-Tarbiyah al-Islamiah wa asalibuha fi al-Bayti wa al-Madrasah wa al-Mujtama’ untuk tujuan menganalisis pemikiran pendidikan al-Nahlawi dari segi sumber, asas, tujuan, institusi dan metode pendidikan Islam. Peringkat kedua ialah terjemahan kitab “al-Tarbiyah bi al-Targhĩb wa al-Tarhĩb” daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. untuk meneroka dan meneliti metode pendidikan targhîb dan tarhîb seperti mana yang diterangkan oleh al-Nahlawi. Manakala pada peringkat ketiga ialah mendapatkan persetujuan 12 orang pakar terhadap item-item yang dibentuk daripada kitab yang telah diterjemahkan dan disahkan oleh tiga orang pakar. Objektif bagi peringkat ini ialah mengenal pasti kesahihan pendapat al-Nahlawi dan cara penggunaan metode metode targhîb dan tarhîb dalam pendidikan Islam. Sementara itu pada peringkat akhir, pengkaji menggunakan teknik Fuzzy Delphi untuk mengemukakan satu pola pendidikan metode targhîb dan tarhîb al-Nahlawi Proses menentukan kebolehpercayaan kajian melibatkan semakan antara pakar penilai (indeks Cohen Kappa = 0.83 dan 0.81) dan statistik Deskriptif iaitu peratus, median, mod dan julat antara kuartil. Dapatan daripada analisis kandungan menghasilkan satu set pola pendidikan metode targhĩb dan tarhĩb yang dijadikan asas bagi pembentukan instrumen teknik Delphi. Hasil teknik Delphi dua pusingan menunjukkan wujud konsensus persetujuan yang sangat tinggi di antara panel pakar terhadap item-item metode targhĩb dan tarhĩb yang diuji. Hasil utama kajian ialah penghasilan pola pemikiran al-Nahlawi mengenai metode targhĩb dan tarhĩb yang meliputi semua aspek daripada makna, konsep, tujuan, akibat, cara mengaplikasi serta saranan yang dicadangkan oleh al-Nahlawi. dalam menggunakan metode targhĩb dan tarhĩb yang boleh menjadi panduan kepada para pendidik.
Description:
xxiv, 353 pages : colour illustrations ; 30 cm | Tesis ini dikemukakan untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Islam | Thesis is also available in CD and is not for loan or reference use | Thesis (PhD in Islamic Education) - Universiti Brunei Darussalam, 2020 | Includes bibliographical references pages 336 - 353.
Date:
2020
Authors:
Artini binti Haji Timbang
Publisher:
Universiti Brunei Darussalam